Thursday, January 6, 2011

TED WILLIAMS - PENGEMIS YANG BERSUARA EMAS









Ted Williams, yang merupakan bekas seorang pengemis yang bersuara lunak, ibarat juruhebah radio yang terkenal. Williams ditemui merayau-rayau untuk mencari kerja, yang mana dalam masa yang sama beliau memegang sekeping kad notis yang bertulis "saya ada bakat anugerah tuhan, iaitu suara saya"


Ted mula mendapat perhatian daripada masyarakat umum, berikutan penyiaran kisahnya di Youtube oleh Krew Columbus Despatch, yang mana sejurus selepas itu, Ted mula mendapat tawaran bekerja di beberapa syarikat. 


Tawaran kerja yang membanjiri Ted ketika ini merupakan rezeki beliau selepas beliau mengaku arak dan dadah telah memusnahkan hidupnya diusia remajanya. Ted berharap akan dapat pekerjaan sebagai juruhebah samada di radia atau di Tv.


Betapa Indahnya pemberian Allah SWT kepada hambanya, tidak kira hambanya menyembah dan mengaku Allah SWT sebagai tuhan mereka atau tidak, Allah SWT itu maha adil.

0 comments:

Post a Comment

blogger templates | Make Money Online