Thursday, April 27, 2017

I'm Back...!!! Cuti Dah Tamat Bro


Assalamualaikum. Lama tidak bersua. Setelah ingatan ku kembali mengingati kata laluan blog ku ini, kini, I'm Back.... Back for good lah, yang tidak baik dan berunsur fitnah dan sebagainya i'll definitely kick out. Hahaha...

Zaman dulu lain, zaman kini juga lain, semakin banyak peraturan dan juga undang-undang berkenaan teknologi maklumat ini diwujudkan, jadi tidak boleh tidak, aku mesti patuh pada peraturan dan undang-undang. Yuppss, i've already deleted all kind of my posting sebelum ini.

Stay Calm, Sit Back, Enjoy and Relax. I''l be in touch soon.

kindly regards

Iskhandar MY

Monday, September 20, 2010

BANG-BANG BOOM RAYA..... TOUCHING BETUL...


Secara umumnya, saya taklah berapa suka sangat tengok orang kena sakat dalam program ni lelebih lagi kalau yang agak memalukan orang yang diorang kenakan tu. Tapi minggu lepas ada sesuatu yang sangat menyentuh hati saya bila tengok 'Bang Bang Bomm Raya'.


Amat dgn Azahari, pengacara program ni memang bengong sikit. Tapi segmen Terima Kasih yang diorang buat sangat menyentuh hati sehinggakan saya tersentap. Betullll… touching sangat.

Satu kes tu tentang seorang anak perempuan (berlakon) yang nak tukarkan CD dengan 10kg beras untuk dimakan adik2 dia yang mana bapanya sedang sakit. Tiada seorang pun mempedulikannya walaupun di bulan Ramadhan, bulan yang manusia ringan untuk bersedekah... budak itu bukannya minta 'duit' tapi minta beras 10kg untuk ditukarkan dengan sekeping CD... namun masyarakat Islam sedikit pun tidak mempedulikannya...

Dan satu segmen lagi apabila seorang bapa (berlakon) yang nak tukarkan semangkuk bubur lambuk dengan sepasang kain buat baju raya anak perempuan dia yang harganya RM12.90 sahaja.. bukan 'duit' tetapi sepasang kain RM12.90 sahaja... bapa tersebut mencari siapa yang sudi menolongnya di hadapan Mydin... dan yang menyedihkan apabila bapa tadi terpaksa menunggu sehingga hampir 8 jam sebelum seorang pemuda (20an) sudi menukarkan bubur lambuk dengan sepasang kain tadi...8 jam tue... kalu mintak duit mungkin kita rasa dia nak tipu... tapi mintak barang pun orang tak berani bagi...

Itulah hakikat sebenar bagaimana masyarakat kita dibulan Ramadan pun tak mampu untuk menolong orang yang benar-benar memerlukan... bagaimanakah sekiranya ada orang yang ingin meminta pertolongan kita...??? Apakah kita sudi membantunya????

Sunday, March 7, 2010

KEMALANGAN NGERI.......!!!

SEPANGGAR, 6 Mac 2010, 10.22 Pagi: Sebuah tragedi ngeri telah berlaku di sini, di bulatan ARL yang menuju ke Kawasan Kg. Karambunai, Kg. Gentisan dan Pelabuhan Sepanggar.


Apa yang menghairankan penulis, tidak ada kemalangan nyawa yang dilaporkan walaupun keadaan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan tersebut, berikutan tidak kelihatan sebarang kesan darah atau tompokan darah pada kenderaan tersebut

Kesian kan...? remuk habis


Caterpillar Yang menghimpit kancil 850 tersebut

Sebuah kereta Kancil 850 telah dihimpit remuk dibahagian sebelah kanan kereta tersebut. Melalui soal jawab yang penulis lakukan kepada beberapa saksi kejadian, kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah lori yang membawa sebuah jentera berat telah tersasar (terjatuh dan menghimpit) kearah kereta kancil tersebut.

Remuk Bahagian kanan kereta


Apa la nasib kereta ni...? Jadi besi buruk ka...?



Kerosakan pada permukaan jalan raya

Teruk juga permukaan jalan raya tersebut

Jentera berat tersebut yang hanya mampu penulis gelarkan sebagai ‘caterpillar’ itu telah menghimpit kereta kancil 850 tersebut sehingga remuk, dan pada pendapat penulis, kereta kancil itu sekarang akan beralih nama ke ‘besi buruk’. Kos kerugian yang dianggarkan sekitar RM 100 ribu, berikutan dengan kerosakan kereta kancil 850 tersebut, disamping kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan pada jentera ‘caterpillar’ tersebut dan juga kerja-kerja penampalan pada jalan raya di bulatan tersebut, yang juga mengalami kerosakan pada permukaannya.

Wallahualam.....

Wednesday, February 10, 2010

TUN DATU MUSTAPHA DATU HARUN: PEJUANG AWAL AGAMA ISLAM DI SABAH

KOTA KINABALU, 10 Februari: Bagi Rakyat Negeri Sabah yang sememangnya boleh dikatakan sebagai orang-orang veteran, mereka pasti tidak akan lupa kepada satu nama besar yang telah banyak bermandikan keringat dan memerah kudrat hanya untuk memperjuangkan nasib agama Islam dan seterusnya memperjuangkan hak-hak kebajikan rakyat negeri sabah ketika waktu tersebut.

Tun Datu Mustapha

Tun Datu Mustapha Datu Harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Limau-Limauan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak keempat Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Dia mendapat pendidikan di SRK St James, Kudat. Seterusnya, mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1951 hingga 1952 di Serdang, Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus Bahasa Inggeris dan Politik di England.


Zaman Penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara
Pada tahun 1928, ketika berusia 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. 6 tahun kemudian, beliau menjadi "Office Orderly" di Pejabat Daerah Kudat. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan Pemungut Cukai Candu. Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas Tentera Jepun. Pada tahun 1944, beliau lari ke Filipina dan menyertai gerakan gerila. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud.

Sekembalinya British dari Perang Dunia Kedua, beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.


Zaman Kemerdekaan
Selepas 2 tahun memerintah negeri Sabah, akhirnya pada 16 September 1965, beliau meletakkan jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah dan menyerahkan jawatan kepada Tun Pengiran Ahmad Raffae. Beliau menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1965-1973. Beliau adalah pengasas Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO). Beliau juga pernah menjadi Presiden PERKIM (1977-[[1979]) dan Presiden Pertubuhan Islam Sabah Bersatu (USIA). Beliau juga ahli Royal Commonwealth Association dan Commonwealth Parliamentary Association. Pada tahun 1972, beliau menjadi Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pengakap Negeri Sabah dan dianugerahkan Pingat 'SEMANGAT PADI'. Sekitar November 1973 - Februari 1990, beliau dilantik menjadi Pro-Canselor Universiti Pertanian Malaysia.

Penubuhan United Sabah Islam Association (USIA)

USIA

Dalam tahun 1950 hingga awal tahun 1960, beberapa persatuan Islam telah ditubuhkan di negeri Sabah. Persatuan-persatuan Islam yang ada ketika itu ialah Persatuan Islam Putatan yang dipimpin oleh Imam Ahmad Mus Haji Ismail, Persatuan Islam Sabah, diketuai oleh Tuan Haji Yusof Shamsuddin dan Persatuan Islam Tawau, diketuai oleh OKK Zainal Kerahu.

Pada tahun 1961, Persatuan Islam Putatan dan Persatuan Islam Sabah telah mengambil inisiatif menjemput YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun bagi mempengerusikan satu Majlis Perbincangan yang diadakan di kediaman Tuan Haji Yusof Shamsudin di Kg. Sembulan Baru, bertujuan untuk mendapat kata sepakat bagi menggabungkan persatuan-persatuan Islam yang wujud di Borneo Utara supaya menjadi sebuah persatuan yang besar dan kuat. Namun rancangan ini tergendala seketika kerana proses pembentukan Malaysia sedang berjalan rancak pada waktu yang sama di mana YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun sendiri terlibat secara aktif.

Keputusan masyarakat Islam Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia dipengaruhi oleh kesedaran bahawa bilangan umat Islam di negeri ini jauh lebih kecil berbanding bilangan non-muslim. Oleh yang demikian, gabungan tersebut memberikan keyakinan kepada umat Islam di Sabah bahawa nasib mereka pada masa akan datang mendapat jaminan dan perhatian daripada saudara-saudara Islam di negeri-negeri lain di Malaysia.

Tahun 1969, YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun mengundang 3 persatuan tersebut dan susulannya membentuk Kongres Masyarakat Islam pada 14 Ogos 1969 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

Kongres tersebut berjaya mewujudkan United Sabah Islamic Association (USIA) yang kemudiannya didaftarkan pada 10 Oktober 1969 (Ibu Pejabat awal hanya sebuah kedai di Kg. Air, Kota Kinabalu). Perasmian bangunan 4 tingkat Ibu Pejabat USIA, Jalan Sembulan telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj, pada 30 Julai 1972, bersamaan 19 Jamadil Akhir 1392H

Perjuangan Islam yang dibawa oleh Tun Datu Mustapha sehingga kini masih memberikan impak ke atas kemajuan gerakan Islam di Sabah, yang mana beliau berjaya merubah negeri Sabah menjadi negeri yang pada asalnya minoriti beragama Islam, sehingga menjadi negeri yang bermajoritikan Penduduk beragama Islam.

Wallahualam