Assalamualaikum...
Lama kiranya tidak menulis dalam ruangan blog ini, oleh kerana hamparan kerja dan tugas yang menggunung tidak pernah lekang daripada diri ini.
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT diatas rezeki dan limpah berkat yang dikurniakan Nya kepada ku. walaupun sibuk, keberkatan dan kerahmatan yang ada terselindung di sebalik agama itu terus menjurus keluar menemui hambanya yang lemah ini.
Kelmarin aku berpeluang bertemu dengan Tn Haji Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.Sosok tubuh beliau yang amat ku kagumi ini, memang sangat tabah menjalani liku-liku masalah yang bergolak dalam kalangan Staf dan Pengedar HPA ini. "Baik aku berhenti sahaja, cari kerja lain yang mudah dan tidak memenatkan", Ungkapan ini terbit dalam hatiku. Namun Ungkapan "Jangan Syeikh, kalau aku berhenti, aku ibarat lari dari perjuangan, ibarat lari dari medan perang. Subhannalah" seperti memujuk semula diriku terus ternyata membuatku sabar dan ingin terus berjuang untuk meningkatkan ekonomi Islam.
Haji Ismail Ahmad tidak berselindung dengan kami yang hadir di mesyuarat, beliau menceritakan bagaimana dengan kesabaran yang sangat tinggi melalui keperitan kerugian yang bukan ratusan atau ribuan ringgit, malah mencecah jutaan ringgit oleh kerana kecuaian Staf dibawah nya. 'Penghujung tahun lepas sahaja, HPA da kehilangan RM1.3 Juta hanya kerana penghapusan produk-produk yang telah tamat tempoh. Selain itu ada juga staf yang mencuri, mengambil barang tanpa izin dan menggelapkan wang syarikat'.
'Oleh kerana kasihan dan yakin akan adanya perubahan kepada staf yang banyak melakukan kesilapan, kita mengambil sikap tak apa dalam membuat keputusan. Tak pa la, bukan banyak mana pun, tak pa la kesian kat depa, tak pa la depa mesti tak akan ulangi kesilapan depa' kata Haji Ismail. Namun dengan mengambil sikap tak apa ini la yang menyebabkan kerugian di pihak HPA. 'Kalau kita mai minimarket cina, dah tentu yang mencuri hatta rm10 pun memang akan kena 3 Tahun penjara'. Allahuakbar, begitu tinggi kesabaran yang Allah ST kurniakan kepada Hj Ismail ini.Memulakan perniagaan HPA ini dengan penuh kesabaran dan yakin kepada perjuangan produk halal ini, biarpun ketika itu khabarnya staf HPA sabar dan yakin untuk membantu beliau.
Kebetulan pada hari kelmarin aku dipanggil untuk menyertai mesyuarat 25 cawangan utama seluruh Malaysia. Dan salah satu Cawangan/ Stesyen Utama HPA tersebut ialah Cawangan Kota Kinabalu yang terletak di Kawasan Putatan. 'Kita target Satu stesyen utama, jualannya mencecah RM1 Juta ringgit, sekiranya kita boleh buat begitu, InsyaAllah kita akan kembalikan semula kegemilangan HPA pada suatu ketika masa dulu. Pengurus Stesyen utama kena Proaktif dalam urusan tempahan stok untuk memastikan produk sentiasa ada di Cawangan Stesyen utama. Kalau lebih produk, kalau berlaku tamat tempoh, kalau berlaku kekurangan produk dan kalau berlaku kehabisan produk, semuanya kesalahan Pengurus Cawangan' Fuhh...! besar tanggungjawab ni. Aku dalam masa yang sama memang mempunyai keyakinan yang amat tinggi untuk mencapai target jualan, sekiranya Produk ada. Kalau tiada stok dan tiada produk, mana mungkin aku dapat capai Target setinggi RM 1 Juta jualan dalam sebulan. Huhuhu.
'Sekarang ini kan sahabat tahu bahawa ketika ini, Jualan HPA turun menjunam yang menyebabkan kita tidak dapat membayar bonus dan gaji kepada warga HPA dalam masa yang tepat, saya terus terang sahabat sekalian, penurunan jualan ini la yang kita semua akan tangani, Anda semua 25 orang pengurus cawangan ini la harapan baru bagi kami di HPA.' Haji Ismail menyampaikan harapannya kepada kami semua.
InsyaAllah. Mohon sahabat-sahabat lain di Sabah dan dimana jua untuk kita sama-sama kembali membantu ekonomi Islam yang HPA sudah wujudkan sejak 2 dekad yang lalu ini, yang mana InsyaALLAH akan kembali kepada kita juga keuntungan nya. Wallahualam.
Program Amal Kebajikan PSS, YAM & PAPISMA ke Kg Tohan Baru, Keningau, Sabah.
-
*Keningau, 26 Mei 2012 -* Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah menghantar
beberapa wakil untuk bersama-sama dalam satu Program Amal Kebajikan di
Kampung To...
23 hours ago










